12 Pemain Bola Sepak Yang Memiliki Jambang Yang ‘Super Cool’

Memandangkan pada hari Sabtu lepas, bersamaan dengan 3 September 2016 adalah Hari Jambang Sedunia, maka untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 12 pemain bola sepak yang memiliki jambang yang menarik, kemas dan juga bergaya.

Daripada senarai ini, ada antaranya kini tidak lagi bermain bola sepak. Tetapi, jambang yang dimiliki mereka membuatkan orang sentiasa mengingatinya. Semoga dengan info ini, bolehlah anda jadikan sebagai panduan untuk memiliki jambang yang sama dengan pemain bola sepak.

Jom kita lihat senarai 12 pemain bola sepak yang dianggap memiliki jambang yang menarik, kemas dan bergaya.

pemain bola sepak

#12. Lionel Messi

Sebelum ini, bintang bola sepak Argentina dan juga Barcelona ini telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari arena bola sepak antarabangsa. Selain daripada berita yang mengejutkan ini, beliau juga berdepan hukuman dipenjara 21 bulan kerana lari daripada membayar cukai.

Namun begitu, disebalik cerita kontroversi yang melanda Messi, beliau muncul dengan wajah baru iaitu dengan wajah yang berjambang. Perubahan ini mengejutkan para peminatnya dan beliau juga akan menarik semula pengumuman persaraannya dalam arena bola sepak antarabangsa.

pemain bola sepak

#11. Xabi Alonso

Xabi Alonso memiliki jambang yang tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Hanya sekadar cukup dan simpel. Namun begitu, ia tetap kelihatan bergaya dan menarik perhatian. Bekas pemain Real Madrid ini adalah antara playmaker terbaik dunia dan kini beraksi bersama Bayern Munich.

Ramai yang tidak tahu, di samping aksinya yang memukau, beliau sebenarnya sering mendapat pujian kerana jambangnya.

pemain bola sepak

#10. Gerard Pique

Pique yang merupakan pemain utama untuk Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol mempunyai jambang yang agak lebat tetapi tidaklah terlalu berserabut. Jambang yang dimilikinya adalah pelengkap kepada wajahnya yang kacak.

Beliau juga adalah antara pemain pertahanan yang mendapat bayaran tertinggi di samping digelar sebagai antara pemain bola sepak yang paling bergaya di dunia. Gelaran ini sesuai dengannya memandangkan beliau adalah suami kepada penyanyi terkenal, Shakira.

pemain bola sepak

#9. Tim Howard

Bekas pemain Manchester United dan Everton ini pernah ditegur oleh Barrack Obama supaya mencukur jambangnya yang lebat itu. Tetapi, penjaga gol kebangsaan USA ini sangat sayang terhadap janggutnya dan tidak sanggup mencukurnya.

Jambang lebat yang dimiliki oleh Howard ini sebenarnya menepati ciri-ciri yang dimiliki oleh penjaga gol yang agresif. Kini Howard mewakili kelab Colorado Rapids dalam Major League Soccer di Amerika Syarikat.

pemain bola sepak

#8. Socrates

Beliau antara pemain tengah yang terbaik yang pernah ada dalam sejarah bola sepak Brazil. Digelar sebagai pemain yang genius dek kerana kepakarannya membuat through pass dan juga on-field vision yang dimilikinya.

Menjadi ikon para peminat bola sepak pada tahun 1970. Beliau masih diingati sehingga kini disebabkan headband yang sering dipakainya di samping memiliki jambang yang cool – dan itu menurut apa yang pernah dikatakan oleh para peminatnya.

pemain bola sepak

#7. Nicolas Otamendi

Otamendi memiliki jambang jenis long bushy beard yang sangat kemas dan menarik. Beliau sentiasa memastikan agar jambangnya sentiasa ditrim dan dijaga dengan elok agar sentiasa nampak bergaya.

Pemain kebangsaan Argentina yang bermain dengan Manchester City ini boleh dikatakan sebagai antara pemain pertahanan yang mempunyai kualiti ball control yang sangat baik.

pemain bola sepak

#6. Arda Turan

Sekali tengok, pasti ada yang menyangka beliau adalah pahlawan Spartan. Tetapi, Arda Turan hanyalah seorang pemain bola sepak yang mewakili Barcelona.

Disebabkan aksi dan kemahirannya yang mengagumkan, banyak peminat Barcelona yang menyukainya. Selain itu, Turan juga disukai kerana memiliki jambang jenis thick fuzz di mana ia kelihatan cool, stailo dan Turan sentiasa memastikan jambangnya diurus dengan baik.

Baca lagi: 5 Tip Melebatkan Jambang Untuk Newbie

pemain bola sepak

#5. Juan Mata

Salah seorang pemain tengah terbaik dunia dan kini bermain dengan Manchester United. Semasa awal kedatangan Mourinho sebagai pengurus M.U, ramai meramalkan Mata akan sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama M.U disebabkan perseteruan mereka di Chelsea suatu ketika dahulu.

Tapi kini, Mata adalah pilihan utama Mourinho kerana beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam musim ini. Di sebalik memiliki skil yang bagus, Mata juga menyimpan jambang jenis stubble yang kelihatan sangat menarik dan cocok dengan wajahnya.

pemain bola sepak

#4. Andrea Pirlo

Pemain lagenda Itali dan juga Juventus ini dikatakan sebagai pemain bola sepak yang mempunyai jambang yang sangat menarik. Jambangnya tumbuh dengan lebat sekali, tetapi, ia sentiasa ditrim agar kelihatan kemas dan menarik.

Jambang menarik yang dimiliki oleh Pirlo kelihatan sesuai dengannya terutama sekali semasa beraksi. Ia ibarat pelengkap kepada skil yang dimiliki oleh Pirlo di mana skilnya yang paling power ialah mampu membuat sepakan percuma yang menghasilkan gol.

pemain bola sepak

#3. Joe Ledley

Pemain yang beraksi dengan pasukan Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris ini mempunyai jambang jenis extremely thick bushy beard. Walaupun lebat, tetapi jambang Ledley sentiasa ditrim agar ia kelihatan kemas dan tiada bulu-bulu jambang yang terkeluar dari bentuknya.

Beliau dikenali sebagai team man dalam pasukannya sama ada dalam Crystal Palace mahupun dalam skuad kebangsaan Wales.

pemain bola sepak

#2. Joe Allen

Bekas pemain Liverpool ini telah menunjukkan penampilan yang berbeza pada musim ini. Setelah membuat penampilan sebanyak 91 kali bersama Liverpool, Allen muncul dengan gaya rambut panjang dan jambang jenis bushy beard.

Para peminatnya menggelar Allen sebagai ‘Welsh Pirlo’ dek kerana jambang yang dimilikinya. Walaupun kariernya agak terumbang-ambing, tetapi apabila berbicara soal jambang, Allen memiliki jambang yang terbaik dan menarik.

pemain bola sepak

#1. David Beckham.

Beliau boleh dikatakan sebagai pemain bola sepak yang paling bergaya sepanjang zaman. Walaupun sudah tidak bermain bola sepak secara profesional, dirinya sentiasa menjadi perhatian para wartawan dan peminat disebabkan gaya yang dipamerkan beliau.

Beckham sentiasa memiliki jambang yang berubah-ubah bentuknya dari jenis goatee sehinggalah ke jenis thick facial fuzz. Walau macam mana pun jambangnya berubah, ia sentiasa kelihatan ‘masuk’ dan kena dengan wajah Beckham. Mungkin kerana itulah beliau layak dipanggil sebagai pemain bola sepak paling seksi di antara yang disebutkan di atas.

Kalau anda mahu membela jambang, rasa-rasanya, jambang seperti pemain bola sepak yang mana yang mahu anda buat? Sila tinggalkan jawapan anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber info dan gambar: Foot The Ball

Baca lagi: 7 Tip Untuk Lelaki Berjambang

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.