12 Jawapan Pakar Yang Dapat Membantu Golongan Yang Membunuh Diri

12 Jawapan Pakar Yang Dapat Membantu Golongan Yang Membunuh Diri

secretsofmom.com

Ramai di Amerika Syarikat khususnya yang seringkali memikirkan cara bagaimana untuk membunuh diri. Di sini kami bawakan 12 jawapan pakar yang dapat membantu golongan yang ingin membunuh diri.

Satu kajian memberitahu lebih kurang 15 % penduduk Amerika akan memikirkan cara bagaimana untuk membunuh diri. Lebih kurang 400,000 mati akibat bunuh diri setiap tahun.

Untuk memberitahu menggunakan nombor pasti tidak akan habis namun begitu jika rakan anda terdapat simptom yang mecurigakan, selain daripada itu mungkin saudara mara anda pernah meluahkan rasa ingin membunuh diri apa tindakan anda?

Situasi ini merupakan situasi yang mana setiap seorang dari kita lambat laun akan terjadi juga.

Bagi situasi tersebut ada perkara yang boleh dibincangkan dan ada juga perkara yang boleh kita lakukan. Menurut, Doktor Christine Moutier, memberikan beberap tips di dalam bagaimana cara untuk memulakan perbualan.

 

1. Percaya dengan keberanian

Terdapat faktor dan juga amaran untuk mereka membunuh diri, contoh seperti merasakan tiada sebab untuk hidup dan juga telah melakukan percubaan membunuh diri. Jika anda dapat merasai sesuatu yang tidak kena pada rakan taulan juga saudara elok juga anda terus bertindak.

2. Jadi orang yang ambil tindakan

Tidak ramai yang dapat memahami masalah seseorang itu selepas bercakap dengan mereka, tindakan yang pantas dapat menyelamatkan seseorang itu daripada cubaan membunuh diri. Sedang anda bercakap dengan saudara anda tiba-tiba dia terus membuat keputusan untuk membunuh diri, anda sudah terlambat semasa itu. Sebab itu penulis sarankan agar cepat ambil tindakan.

Selain daripada itu menurut Moutier, jika anda sudah perasan sesuatu terus bertindak. jangan tunggu.

ads-pomade

3. Jangan takut menjadi orang yang betul

Jangan takut untuk menjadi seseorang yang betul. Contoh jika ayah anda mempunyai masalah namun dia lebih selesa bercakap dengan ibu. Jangan pula anda baling masalah itu kepada ibu sedangkan anda yang dapat merasainya.

4. Buat sesi kaunseling

Bila anda sudah bersedia untuk bercakap dengan mereka ajak secara santai contoh ” aku nak cakap sikit”, “boleh kita borak kejap”? Mungkin intonasi juga memainkan peranan yang penting, jangan buat seperti mahu berbincang tentang aset berjuta tapi ubah cara kepada lebih ringan dan bila orang mendengar pun boleh hadam. Bawa perbincangan ini ke tempat yang lebih tertutup pasti anda tidak mahu mereka bercerita sambil itu anda makan roti canai di mamak?

5. Apabila perbualan itu berlangsung, ceritakan apa yang membuatkan anda risau

Mulakan dengan bercerita tentang diri masing-masing, menurut  Moutier tidak salah jika kita tidak terlalu terbuka di dalam bercerita asalkan rakan anda itu dapat memahami yang anda cuma risaukan dirinya.

6. Kemudian, jadi pendengar

12 Jawapan Dari Pakar Yang Dapat Membantu Golongan Yang Membunuh Diri

iStock

Matlamat utama anda sekarang adalah untuk memahami situasi mereka, mungkin mereka selama ini yang sudah terlalu lama memikirkan masalah membunuh diri mereka. Ini masanya mereka untuk meluahkan perasaan.

7.  Bertanya

Untuk sampai ke tahap ini pasti dia pun sudah menceritakan kisah dia ingin melakukan percubaan membunuh diri. Namun begitu jika ada keraguan di dalam hati, tidak salah untuk terus bertanya.

Jika anda tanya, jadi seorang yang telus. tenang, telus. “Ketika anda merasa tentang sekarang, adakah anda merasakan untuk membunuh diri”?

8. Telus

kadang-kadang kita seperti takut untuk bercerita lebih lanjut dengan mereka yang selalu berfikir untuk membunuh diri ini. Takut perbuatan mereka akan bertambah teruk tak pun boleh mencederakan kita? Kerana mereka ini sememangnya mempunyai masalah mental. Namun begitu menurut Moutier mereka bertindak di sebaliknya kerana mereka lebih suka ada pendengar. Oleh itu mereka dapat meluahkan apa yang mereka rasakan.

9. Jika pemikiran mereka ke arah membunuh diri, tolong mereka.

12 Jawapan Dari Pakar Yang Dapat Membantu Golongan Yang Membunuh Diri

iStock

Mungkin mereka yang ada keinginan untuk membunuh diri ini seringkali takut dengan orang sekeliling , mereka risau tangapan yang akan mereka dapat jika memberitahu perkara sebenar. Sehinggakan pada mereka tiada siapa yang boleh membantu. Namun begitu jika anda pernah alami situasi sebelum ini pastikan anda orang yang mendengar dan sarankan pada mereka untuk bertemu dengan psikitiri ataupun pakar sakit mental.

10. Jika anda fikir mereka berada di dalam keadaan cemas, panggil orang untuk hulurkan bantuan

Ada juga yang cubaan membunuh diri tu dia hanya fikirkan sahaja. Namun ada juga yang sudah ada perancangan dan sudah cuba untuk melakukan pembunuhan diri, jika anda tahu cepat minta bantuan, telefon 911 (anda boleh telefon sebagai pihak).

11. Apa punca sekalipun, jangan putus hubungan

Walau apa yang dia cuba lakukan jangan putus hubungan, telefon sekali-sekala untuk bertanya perkembangan terbaru.

ads-body-soap

12. Akhir sekali, jaga diri sendiri

Sibuk menjaga orang lain jangan pula abaikan diri sendiri. Pastikan keadaan mental anda di paras yang stabil. Jika merasa sesuatu jangan takut dan segan untuk berjumpa dengan pakar.

 

Bercakap dengan orang yang ada cubaan untuk membunuh diri adalah sangat menakutkan.

Namun begitu dari pengalaman penulis sendiri pernah juga berjumpa dengan orang yang cuba untuk membunuh diri ini namun disebabkan tiada siapa peduli penulis abaikan. Nasib baik kawan tu okay sampai sekarang masih elok sihat. Kongsi kisah anda di sini!

 

BACA: 18 Gambar Mempesonakan di Bandar Paling Sejuk Dunia

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *