11 Tips Beli iPhone Terpakai Supaya Anda Tak Tertipu!

 

maxresdefault-2

Penantian untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Malaysia bakal berakhir pada 14 Oktober ini.

Jadi, ramai la yang akan jual atau trade in iPhone keluaran terdahulu.

Pada mereka yang ingin membeli iPhone terpakai, pastikan anda semak 11 perkara ini supaya anda tak tertipu.

#1 Cek No imei

1-1

Dekat belakang body ade no IMEI. Pastikan no IMEI sama dgn no IMEI dekat dalam “Setting”. Kalau tak sama bermakna tu bukan body asal iPhone tu.

#2 Tekan semua button

2-1

Korang kena tekan semua button yang ada. Pastikan berfungsi dgn baik. Yang paling penting button Power On/Off dan Home Button.

#3 LCD Screen

3-1

Pastikan LCD screen boleh di sentuh dengan baik. Lagi satu korang cuba buka latar belakang warna putih seperti kalendar. Pastikan takde “taik lalat” dekat LCD tu.

#4 Finger Print

4-1

#5 Kamera

5-1

Buka kamera depan dan belakang. Kamera belakang pastikan flash boleh menyala. Kamera depan korang cuba la selfie sekali dua.

#6 Wifi

6-1

Pastikan wifi boleh dibuka dan dapat kesan wifi yang ada dekat keliling kawasan tu. Banyak jugak iPhone yang ada masalah wifi. Pastikan korang cek betul-betul.

#7 Kapasiti / Memory

7

Semak kapasiti, pastikan sama seperti yang dinyatakan si penjual. Caranya, Setting > General > About > Capacity.

#8 iCloud

8

Ni perkara paling wajib korang kena semak. Rugi besar kalau korang terlupa nak semak benda n. Pastikan dalam iCloud sudah dikosong kan.

Kalau ada ID tuan lama, minta si penjual kosongkan dulu. Jangan buang duit korang beli iPhone yang ada iCloud ID orang lain.

#9 Cek speaker dan vibrate

9

Pastikan speaker dan vibrate boleh berfungsi dgn baik. Korang boleh buka ringtone untuk semak 2 perkara ni.

#10 Masukkan simkad

10

Seterusnya masukkan simkad dan buat panggila. Kena pastikan yang iPhone tu boleh baca simkad korang. Pastikan sensor berfungsi. Bila buat panggilan, letak dekat telinga screen akan gelap.

#11 Pastikan ada waranti

11

Tak kisah “Personal waranty” atau Apple waranti. Korang beli barang ribu-ribu pastikan ada jaminan.

Cara nak semak Apple warranty boleh semak dekat sini.
https://checkcoverage.apple.com/

Sumber: iKlinic

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *