11 Orang Pemain Bola Sepak Mati Serta Merta Di Atas Padang Gara-Gara Ilmu Hitam

Kisah ini berlaku pada tahun 1998 di negara Republik Congo. Insiden ini telah menyebabkan satu perlawanan bola sepak yang biasa-biasa menjadi sesuatu yang misteri dan boleh dikatakan agak menyeramkan.

Walaupun kisah ini telah berlaku pada 18 tahun yang lalu, ia masih diingati sehingga kini. Ramai beranggapan apa yang berlaku ada kaitan dengan amalan-amalan ilmu hitam yang sering diamalkan oleh segelintir rakyat di Republik Congo.

ilmu hitam

Kredit foto: Youtube

Panahan Kilat

Pada tahun itu, berlangsung pertembungan di antara dua pasukan iaitu Bena Tshadi dan Basanga. Cuaca perlawanan pada petang itu kelihatan mendung dengan awan-awan bergumpal yang gelap warnanya.

Semasa kedudukan terikat seri satu sama, tiba-tiba, kilat memancar dan memanah padang bola sepak tempat berlangsungnya perlawanan antara Bena Tshadi dan Basanga. Sebaik sahaja panahan kilat itu berlaku, satu per satu pemain Bena Tshadi tumbang menyembah bumi.

11 orang pemain bola sepak Bena Tshadi yang tadinya tumbang menyembah bumi akhirnya disahkan meninggal dunia akibat panahan kilat tersebut. Namun begitu, apa yang peliknya ialah, kesemua 11 pemain Basanga yang bermain bersama pasukan Bena Tshadi terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Walaubagaimanapun, mereka tetap terkejut dengan tragedi yang menimpa pemain-pemain pasukan Bena Tshadi.

Baca lagi: 9 Ahli Sukan Ini Mempunyai Amalan-Amalan Karut Sebelum Beraksi

ads-beard-oil-with-azrel

ilmu hitam

Kredit foto: Youtube

Amalan Ilmu Hitam

Menurut laporan daripada akhbar harian di Republik Congo, L’Avenir, insiden ini mungkin ada kaitan dengan pengamal-pengamal ilmu hitam yang wujud di Republik Congo. Dikatakan, di negara ini, bomoh dan sihir akan digunakan untuk mempengaruhi keputusan sesebuah perlawanan.

Dalam insiden ini, pasukan Basanga dikatakan telah menggunakan khidmat bomoh dan sebab itulah mereka telah terselamat semasa panahan kilat tersebut berlaku, tidak seperti 11 orang pemain bola sepak pasukan Bena Tshadi yang telah menemui ajal mereka.

ilmu hitam

Kredit foto: Youtube

Kajian Sains

Walaupun ada yang menyalahkan amalan ilmu hitam yang menyebabkan insiden ini berlaku, terdapat satu kajian yang telah dilakukan terhadap kes ini dan apa yang ditemui ialah, kematian 11 orang pemain Bena Tshadi adalah disebabkan mereka memakai kasut bola yang menggunakan stud besi. Tetapi, pasukan Basanga pula menggunakan stud plastik.

Oleh kerana itulah, 11 orang pemain Basanga telah terselamat ketika insiden ini berlaku manakala 11 orang pemain Bena Tshadi yang memakai stud besi yang juga pengalir elektrik yang baik telah meninggal dunia dalam perlawanan ini.

Apa-apa pun, perlawanan bola sepak sepatutnya menjadi sesuatu yang menghiburkan. Kalah atau menang adalah adat perlawanan. Sebarang keputusan patut diterima dengan hati yang terbuka. Tidak perlu menggunakan kuasa sihir untuk menang, kerana ia akan menghilangkan keseronokan sesebuah perlawanan. Apatah lagi dalam Islam, ia adalah perkara yang syirik dan berdosa besar.

Baca lagi: 9 Kes Rasuah Ini Dikatakan Yang Paling Besar Dalam Sejarah Sukan Dunia

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.