3 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kuda

3 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang KudaSumber gambar: pcwallart.com

Kuda telah menemani kehidupan manusia beribu-ribu tahun lamanya dan mereka tidak menunjukkan walaupun sedikit tanda-tanda untuk meninggalkan budaya tersebut.

Oleh itu, mereka menjadi antara haiwan yang mudah dikenali dan sering dilihat, walaupun segelintir di antara kita hanya pernah melihatnya di kaca televisyen.

Haiwan yang besar dan bernilai ini adalah antara yang berbaloi untuk dilihat dan sering menjadi tumpuan masyarakat.

Hari ini, mari kita menghormati haiwan ini dengan mengambil tahu beberapa fakta yang menarik tentang kehidupan dan sejarah mereka:

1. Industri kuda

Sumber gambar: farmflavor.com

Bagi orang-orang yang tidak pernah terlibat dengan kuda, ia adalah sangat mudah untuk menjaganya kerana apa yang diperlukan adalah rumput kering, padang untuk ia berlari dan seorang atau dua gadis pra remaja untuk menunggangi mereka.

Kuda digunakan untuk pelbagai pertandingan dan sukan, pembiakan dan rekreasi.

Sejujurnya, kuda adalah suatu aset yang besar dalam dunia perniagaan. Kira-kira 4.6 juta rakyat Amerika memilih untuk bekerja dalam industri kuda.

Industri kuda US dianggarkan mempunyai kesan ekonomi sebanyak $ 39 bilion setiap tahun.

Itu adalah hasil daripada hanya sembilan juta kuda Amerika. Terdapat kira-kira 58 juta kuda di dunia dan sebahagian besar daripadanya dijaga oleh manusia.

2. Mata kuda

Sumber gambar: onlinehorsecollege.com

 

Kuda mempunyai penglihatan yang agak baik. Dengan diameter yang berukuran kira-kira 5 cm (2 inci), mata mereka adalah yang terbesar dari mana-mana mamalia darat.

Apabila diukur saiznya, mata kuda adalah sehingga sembilan kali lebih besar daripada mata manusia.

Mata kuda mempunyai tiga kelopak mata, dua adalah yang biasa dan yang ketiga dikenali sebagai nictitating membrane yang terletak di sudut dalam mata.

Kuda tidak mempunyai fokus mata yang baik seperti manusia.

Sebaliknya, bahagian bawah retina mata mereka dapat melihat objek yang jauh dan bahagian atas pula untuk melihat objek yang dekat.

Ini bermakna bahawa jika anda ingin tahu arah mana kuda sedang melihat, anda perlu memberi perhatian kepada bagaimana kedudukan kepalanya.

Jika anda melihat kuda berdiri di atas padang dan ia melakukan perkara di mana ia berdiri dengan kepalanya ditinggikan dan telinga mencanak ke hadapan, haiwan ini mungkin sedang melihat sesuatu yang menarik pada jarak yang jauh.

3. Kasut kuda

Sumber gambar: weheartit.com

Semua orang tahu kebanyakan kuda dilengkapi dengan kasut kuda, tetapi kebanyakan orang tidak sedar bahawa kepingan logam yang melengkung ini bukan sahaja untuk melindungi tapak kuda.

Bahagian keras tapak kuda adalah diperbuat daripada keratin protein yang sama kukuh dengan tanduk dan kuku, oleh itu menjadikan ia sebagai suatu perkara tarikan yang paling diinginkan.

Bayangkan anda berjalan di laluan yang licin atau jalan yang berturap dengan memakai tanduk sebagai kasut, dan selepas itu barulah anda akan sedar masalahnya.

Ianya mungkin kedengaran tidak masuk akal bagi manusia tapi itulah kebanyakan masalah yang dihadapi oleh haiwan tersebut.

Oleh kerana itu, penyesuaian kasut kuda dengan tapak kuda akan dapat menyelesaikan isu ini.

Pemasangan kasut tersebut dapat menyerlahkan lagi tarikan pada tapak kuda dan menyerap kejutan (shock absorber) seperti mana yang terdapat pada kebanyakan kasut anda.

Kasut kuda juga berkongsi persamaan lain dengan industri kasut sukan.

Terdapat pelbagai pilihan bagi kasut kuda seperti kasut yang menyokong pergerakan yang betul (pronation-correcting), kasut penstabilan dan kasut aluminium ringan yang biasanya digunakan untuk perlumbaan kuda.

Baca lagi: 5 Misai Tokoh-Tokoh Bola Sepak Yang Kekal Diingati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *