10 Pekerjaan Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia. Terkini!

DawnGrant

Pada tahun 2016, Hays Asia Salary Guide, menyatakan 53 %rakyat Malaysia menyatakan gaji sebagai faktor utama apabilah memilih perkerjaan. Namun ramai yang tidak puas hati dengan gaji yang ditawarkan oleh pekerjaan sekarang. Realitinya kita harus melihat keupayaan diri sendiri sebelum boleh memohon gaji yang kita rasakan setimpal.

Di Malaysia, pada tahun 2016, berikut adalah pekerjaan dengan gaji paling tinggi.

1. Pakar Bedah (Ijazah Kedoktoran – MD) – RM 70,000 sebulan

2. Ketua Pegawai Kewangan (Ijazah Sarjana Perakaunan, Kewangan atau Perniagaan) – RM 70,000 sebulan

3. Pangarah Pemasaran (Ijazah Sarjana Pemasaran atau Perniagaan) – RM 55,000 sebulan

4. Pembantu Penyelidikan Klinikal (Ijazah Kejururawatn, Sains Kehidupan atau Sains Perubatan) – RM 52,000 sebulan

5. Broker Harta Tanah (Diploma) – RM 50,000 sebulan

6. Pengarah Pengurusan Risiko (Ijazah Sarjana Pentadbiran Kewangan, Perniagaan atau Perakaunan) – RM 40,000 sebulan

7. Pengarah Strategi (Ijazah Pentadbiran Perniagaan atau Pentadbiran) – RM 30,00 sebulan

8. Juruterbang (Ijazah Penerbangan atau Aeronautic) – RM 29,000 sebulan

9. Pengarah Perkhidmatan Perundangan (Ijazah Sarjana Undang-Undang) – RM 29,000 sebulan

10. Pengurus Operasi (Ijazah Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan) – RM 27,000 sebulan

Anubhav

Jika kita perhatikan, jawatan-jawatan di atas mengambil masa untuk dicapai. Seseorang mungin mengambil masa bertahun-tahun sebelum boleh duduk di kerusi jawatan tersebut. Atau, jawatan tersebut dicapai setelah belajar di universiti dalam subjek yang dikategirikan sukar oleh kebanyakkan orang.

Kejayaan bukan hanya faktor jawatan. Banyak lagi faktor yang menentukan kejayaan seseorang. Tidak semestinya menjawat jawatan tinggi itu sudah dikira berjaya. Ianya bergantung kepada desinisi kejayaan yang kita letakkan pada diri sendiri. Secara umumnya kejayaan itu bermaksud mencapai sesuatu tingkat yang diimpikan. Saya tidak setuju jika kita meletakkan kejayaan dengan bersandarkan kepada jawatan yang kita pegang. Namun ini juga terpulang kepada diri masing-masing.

Salah satu cara paling sesuai ialah dengan menetapkan definisi kejayaan

Apa yang kita mahu capai, bila mahu dicapai dan apa ciri-ciri yang kejayaan peribadi itu. Jika kita meletakkan mahu memiliki rumah banglo 5 tingkat dalam masa 10 tahun dari sekarang, maka itulah definisi kejayaan kita. Begitu juga jika  kita meletakka definisi kejayaan kepada jawatan yang disandang, maka terserah.

Nyatanya dalam hidup ada banyak pencapaian yang boleh kita ukur sebagai kejayaan. Terserah kepada diri ukuran bagaimana yang sesuai dengan kita.

projectmanagers.net

Selamat berjaya!

Baca Lagi: Bagaimana Membuat Pembentangan Profesional Yang Mantap

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *