10 Panduan Mengelak dari Jenayah Rogol

Terbaru, tular berita tentang Selva Kumar Subbiah pulang ke tanah air. Jadi siapakah Selva Kumar yang disebut-sebutkan ini? Selva Kumar adalah seorang perogol bersiri di Toronto Kanada. Dia telah menghadapi beberapa tuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun atas kesalahan melakukan serangan seksual terhadap puluhan wanita di sana. Perkara ini telah menimbulkan kegusaran seluruh rakyat Malaysia terutamanya kaum wanita.

Kredit : Free Malaysia Today

Walaupun pihak berkuasa bersetuju untuk memantau segala gerak geri Selva Kumar, namun kita juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak kejadian rogol berlaku di kalangan kita. Mari kita lihat panduan bagaimana mengelak dari menjadi mangsa jenayah rogol.

Panduan Mengelak dari Jenayah Rogol :

  1. Bawa bersama alat penggera peribadi dan penyembur lada hitam ‘pepper spray‘ setiap masa.
  2. Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika keadaan memaksa, ajak seseorang sebagai teman.
  3. Jangan mudah percaya dengan pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik atau rumah mereka.
  4. Berpesan-pesan antara satu sama lain supaya tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri kepada individu tertentu.
  5. Sentiasa menasihati anak-anak dalam menjaga pemakaian masing-masing supaya tidak terlalu ketat yang akhirnya mengundang penjenayah rogol.
  6. Memberi pendidikan agama dan moral kepada anak-anak tentang pentingnya menjaga tubuh badan mereka dari dicerobohi.
  7. Mengawasi dan memantau pergaulan setiap ahli keluarga supaya tidak terdedah kepada bahaya rogol.
  8. Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Dan jangan sesekali tinggalkan makanan dan minuman anda terdedah begitu saja tanpa ada yang mengawasi.
  9. Sentiasa berjaga-jaga apabila melihat orang yang mencurigakan di sisi anda.
  10. Ketika hendak menggunakan kenderaan awam terutamanya pada waktu lewat malam, pastikan ada penumpang wanita lain di dalam kenderaan tersebut.

 

Semoga kita terhindar dari apa jua bentuk ancaman bahaya. Sentiasalah berhati-hati walau di mana juga kita berada.

 

Baca lagi : Lesen Memandu Malaysia Diterima di Qatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.