10 Insiden Perkauman Yang Paling Diingati Dalam Sukan Bola Sepak

Unsur-unsur perkauman ataupun racism dalam bola sepak boleh dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan. Sukan yang paling popular di dunia ini sepatutnya menjadi satu sukan yang boleh menyatupadukan umat manusia.

Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir manusia, tidak kiralah sama ada pemain bola sepak itu sendiri ataupun para peminat ataupun sesiapa sahaja yang terlibat dalam sukan ini yang masih mengamalkan racism.

Dek kerana isu ini, kami memutuskan untuk berkongsi dengan anda semua 10 peristiwa yang paling diingati tentang isu perkauman yang berlaku dalam sukan bola sepak ini. Dengan perkongsian ini kami berharap dapat memberi kesedaran kepada kita semua tentang betapa teruknya mengamalkan sikap perkauman dalam sukan mahupun dalam kehidupan harian.

perkauman

#10. Hallesche FC

Kejadian racism ini berlaku ketika pertemuan dua kelab Jerman iaitu Hallesche FC dan Sachsen Leipzig. Pemain Leipzig iaitu Adebowale Ogungbure yang berasal dari Nigeria telah menerima ejekan berbaur perkauman daripada para penyokong Hallesche FC.

Beliau yang sudah tidak tahan kerana asyik diejek menyebabkan beliau bertindakbalas dengan membuat gaya Nazi yang akhirnya menyebabkan beliau ditahan polis kerana kerajaan Jerman tidak membenarkan sesiapa membuat gaya Nazi di khayalak umum.

perkauman

Kredit foto: casw.org.uk

#9. Dani Alves

Semasa perlawanan di antara Barcelona dan Villareal, ketika Dani Alves mahu mengambil sepakan sudut, penyokong Villareal telah mencampak pisang ke arah Alves sebagai tanda ejekan berbaur perkauman di mana ia membawa simbolik orang berkulit hitam adalah seperti monyet.

Namun begitu, Alves telah mengambil pisang tersebut dan memakannya sedikit dan terus mengambil sepakan sudut. Walaubagaimanapun, tindakan penyokong Villareal ini telah menyebabkan Villareal didenda 15,000 euro.

perkauman

Kredit foto: The Sportster

#8. John Terry

Kata-kata berbaur perkauman telah dilontarkan oleh John Terry terhadap Anton Ferdinand semasa perlawanan Chelsea menentang Queens Park Rangers. Video rakaman tentang insiden ini telah tersebar luas di internet dan telah menarik perhatian banyak pihak media untuk mengulas tentang isu ini.

Terry telah dihadapkan ke mahkamah berkenaan isu ini dan beliau didapati tidak bersalah.

ads-mens-grooming

perkauman

Kredit foto: The Sportster

#7. Luiz Suarez

Ketika Liverpool bertemu Manchester United di Anfield pada Oktober 2011, Luiz Suarez telah menyampaikan kata-kata berunsur perkauman kepada pemain pertahanan United iaitu Patrice Evra. Dakwaan Evra terhadap Suarez telah menyebabkan Suarez didenda 90,000 euro dan digantung sebanyak 8 perlawanan.

Selepas bebas daripada hukuman, Suarez enggan bersalam dengan Evra semasa pertemuan Liverpool dan United di Old Trafford.

perkauman

Kredit foto: The Sportster

#6. Skuad Kebangsaan Sepanyol

Pada penghujung 2004, Sepanyol telah berdepan dengan dua kontroversi tentang isu perkauman. Pertama, semasa Sepanyol menentang England untuk perlawanan persahabatan, pemain-pemain kulit hitam England telah diejek dengan bunyi monyet oleh para penyokong Sepanyol.

Kedua, pengurus Sepanyol ketika itu, Luis Aragones telah merujuk Thierry Henry sebagai “Si hitam tak berguna” sebelum perlawanan menentang Perancis.

perkauman

Kredit foto: Getty Images

#5. Real Zaragoza

Pada Febuari 2005, semasa pertemuan Barcelona dan Real Zaragoza, Samuel Eto’o yang bermain untuk Barcelona telah diejek oleh para penyokong Real Zaragoza dengan bunyi monyet setiap kali beliau memegang bola dan juga membaling kacang kepadanya.

12 bulan kemudian, Eto’o hampir melangkah keluar dari padang sebagai tanda protes kerana beliau sudah tidak tahan dengan penghinaan yang diterima.

Baca lagi: 9 Pemain Bola Sepak Yang Tak Pernah Kena Kad Merah

ads-pomade_updated

perkauman

Kredit foto: thetimes.co.uk

#4. Paolo Di Canio

Di Canio yang sebelum ini telah menimbulkan kontroversi dalam suasana bola sepak apabila bertindak menolak pengadil sebagai tanda tidak puas hati dan menyerang rakan sepasukannya sendiri, beliau sebenarnya turut terlibat dengan isu perkauman.

Ini terjadi dalam tiga perlawanan yang disertai beliau semasa mewakili Lazio di mana ketika itu Lazio bertemu Juventus, Livorno dan juga Roma. Di Canio telah membuat gaya Nazi ‘Heil Hitler’ sewaktu beraksi dalam pertemuan ini dan menyebabkan beliau digantung perlawanan.

perkauman

Kredit foto: The Sportster

#3. Malky Mackay

Bekas pengurus Watford dan Cardiff ini juga pernah menimbulkan kontroversi berbaur perkauman di mana semasa beliau mengurus Cardiff, Mackay telah menggelar seorang pemain Cardiff yang berasal daripada Korea Selatan iaitu Kim Bo-Kyung sebagai ‘anjing’.

perkauman

Kredit foto: The Sportster

#2. Ron Atkinson

Pada tahun 2004, bekas pengurus Manchester United dan Aston Villa ini sedang mengulas perlawanan di antara Chelsea dan Monaco. Atkinson yang ketika itu bertugas sebagai pengulas di ITV menyangkakan mikrofonnya sudah ditutup dan telah mengatakan sesuatu yang berbaur perkauman terhadap pemain Chelsea, Marcel Desailly.

Akibatnya, beliau telah dipecat sebagai pengulas di ITV.

ads-beard-oil

perkauman

Kredit foto: dailyrecord.co.uk

#1. Kevin Prince Boateng

Ketika AC Milan membuat perlawanan persahabatan pra-musim dengan kelab Pro Patria, Kevin Prince Boateng yang mewakili AC Milan sedang menggelecek bola ke arah gol lawan. Pada saat itulah, beliau terdengar penyokong Pro Patria melakukan ejekan berbaur perkauman terhadapnya.

Susulan dari itu, Boateng mengambil bola dan terus menyepak bola ke arah penyokong-penyokong yang mengejeknya tadi. Kemudian, Boateng terus keluar padang dan tidak mahu meneruskan permainannya lagi. Namun begitu, tindakan Boateng telah mendapat pujian daripada para penyokong Pro Patria yang membenci tindakan penyokong-penyokong yang menghina Boateng itu.

Mengamalkan sikap perkauman sedikitpun tidak membawa kebaikan kepada kita, sama ada dalam kegiatan sukan ataupun tidak. Sebagai manusia, kita sepatutnya hidup dalam keadaan yang cukup aman dan harmoni serta menghormati antara satu sama lain.

FIFA cukup mengambil berat tentang hal ini dan kerana itulah jika terdapat insiden berkaitan racism, satu hukuman yang berat akan dikenakan kepada pemain, ataupun kelab ataupun penyokong yang terlibat.

Anda bagaimana, apakah pendapat anda tentang racism ini? Tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen di bawah ya.

Sumber: The Sportster

Baca lagi: 5 Rambut Pemain Bola Sepak Ini Masih Kekal Bentuk Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.