10 Fakta Menarik Yang Anda Patut Tahu Tentang Doctor Strange

Sekarang, sedang panas dua filem yang sedang ditayangkan di pawagam iaitu ‘Rock Bro’ dan juga ‘Doctor Strange’. Kedua-dua filem ini sedang mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan peminat masing-masing.

Namun begitu, untuk artikel kali ini kami bukanlah hendak menceritakan kedua-dua filem ini serentak. Kami cuma mahu memfokuskan kepada filem ‘Doctor Strange’ di mana kami ingin berkongsi dengan anda fakta-fakta menarik tentang Doctor Strange yang merupakan watak utama di dalam filem ini dan juga watak-watak yang lain.

Berikut adalah 10 fakta menarik tentang ‘Doctor Strange’.

doctor strange

Kredit foto: Askmen

#10. Sudah Berusia

Sebelum itu, kita semua harus tahu bahawa komik ‘Doctor Strange’ ini adalah komik keluaran Marvel. Komik ini adalah antara komik-komik terawal yang dikeluarkan oleh Marvel. Watak Doctor Strange ini telah diilhamkan oleh Stan Lee di mana ia telah muncul buat pertama kali dalam pasaran pada tahun 1963, setahun selepas komik ‘Spiderman’ berada dalam pasaran.

Kredit foto: The Cheat Sheet

Kredit foto: The Cheat Sheet

#9. Doktor Yang Tulen

Watak Doctor Strange sememangnya adalah doktor yang tulen dan tidak palsu. Beliau merupakan doktor pakar bedah neuro yang berbakat besar. Walaubagaimanapun, selepas mengalami kemalangan teruk, tangannya tidak lagi boleh digunakan untuk melakukan pembedahan. Tetapi, selepas mempelajari seni mistik, tangannya dapat digunakan semula untuk menyelamatkan dunia.

Baca lagi: 13 Dialog Menarik Dari 2 Filem Trilogi ‘Rock’ Yang Sentiasa Melekat Dalam Ingatan Penonton

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Digital Spy

Kredit foto: Digital Spy

#8. Dulu Kot, Sekarang Mantel

Oleh kerana Doctor Strange begitu terdesak mahu memulihkan tangannya agar dapat melakukan pembedahan semula, dia sudah menghabiskan segala hartanya tetapi tetap menemui jalan buntu. Lalu, beliau telah ke Tibet untuk menguatkan rohaninya dalam berdepan cabaran hidup yang begitu getir ini. Namun begitu, beliau ditemukan dengan seorang ahli sihir yang telah mengajarnya ilmu-ilmu mistik untuk menyelamatkan dunia.

Kredit foto: Film

Kredit foto: Film

#7. Memiliki Senjata Yang Unik

Di samping bergantung kepada ilmu-ilmu mistik yang dimilikinya, Doctor Strange juga mempunyai senjata yang boleh membantunya ketika berdepan dengan musuh. Selain daripada memiliki ‘Cloak of Levitation’, Doctor Strange juga mempunyai ‘Eye of Agamotto’ dan ‘Orb of Agamotto’.

Kredit foto: Marvel Database - Wikia

Kredit foto: Marvel Database – Wikia

#6. Kediaman Yang Mengkagumkan

Doctor Strange turut mempunyai rumah yang digelar ‘Sanctum Sanctorum’ di mana rumah ini dilindungi dengan kuasa sihir yang sangat kuat. Apa yang menarik tentang rumah ini ialah, dari luar ia nampak kecil, tetapi dalamannya adalah sangat luas. Mungkin kerana rumah ini dibuat dengan unsur-unsur mistik.

Kredit foto: Screen Rant

Kredit foto: Screen Rant

#5. Mempunyai Penasihat (Bukan Kassim Patalon)

Walaupun Doctor Strange sudah cukup hebat, dia tetap mempunyai seorang penasihat yang turut melindunginya. Wong memainkan peranan yang cukup penting kepada Doctor Strange di mana dia akan memberi nasihat-nasihat yang bernas kepada Doctor Strange selain daripada membantu Doctor Strange menewaskan musuh-musuh mereka.

ads-pomade_updated

Kredit foto: Getty Images

Kredit foto: Getty Images

#4. Kawan atau Musuh

Baron Mordo adalah kawan baik kepada Doctor Strange dan dia juga merupakan pengikut ‘Ancient One’. Namun begitu, Baron Mordo berubah menjadi jahat kerana terlalu taksub kepada kuasa yang dimilikinya dan akhirnya menyebabkan dia menjadi musuh kepada Doctor Strange.

Kredit foto: comingsoon.net

Kredit foto: comingsoon.net

#3. Musuh Ketat

Di dalam komik, Kaecilius sebenarnya adalah pengikut kepada Baron Mordo. Kaecilius juga sebenarnya adalah pengikut ‘Ancient One’, namun begitu akibat begitu taksub dengan kuasanya, dia akhirnya menjadi jahat. Di dalam filem ini, Kaecilius memegang watak utama sebagai musuh ketat Doctor Strange.

Kredit foto: Marvel Movies - Wikia

Kredit foto: Marvel Movies – Wikia

#2. Wujud Tanpanya

Walaupun Doctor Strange tidak pernah muncul dalam mana-mana filem ‘Avengers’ ataupun membuat kemunculan dalam mana-mana filem watak-watak Marvel, Doctor Strange telah memberi hint bahawa dia akan muncul apabila senjata miliknya, ‘Eye of Agamotto’ muncul dalam filem Thor.

Kredit foto: Screen Rant

Kredit foto: Screen Rant

#1. Strange Akan Muncul Lagi

Kebanyakan peminat ‘Marvel Cinematic Universe’ sudah sedia maklum bahawa kebanyakan karakter-karakter Marvel biasanya akan berada dalam sekuel filem-filem watak Marvel yang lain. Walaupun masih belum disahkan berita ini, ada kemungkinan Doctor Strange akan membuat kemunculannya dalam filem ‘Avengers: Infinity War’ yang mungkin akan ditayangkan pada tahun 2018.

Itulah dia 10 fakta menarik tentang Doctor Strange ini. Bagi yang belum menonton, mungkin anda patut menonton filem ini sekarang memandangkan filem ini sememangnya ‘hot’ dan ia hampir berjaya mendapat kutipan sebanyak 500 juta US Dolar.

Bagi yang sudah tonton, apa pendapat anda tentang filem ini? Mohon tinggalkan komenanda  dalam ruangan di bawah ye.

Sumber: Askmen

Baca lagi: 5 Ahli Silap Mata Terhebat Sepanjang Zaman

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.