10 Barbershop Terbaik Di Malaysia

Melihatkan kecenderungan kaum adam masa kini yang turut menitikberatkan gaya rambut, memberi peluang kepada ramai pengusaha kedai gunting rambut menjanjikan gaya potongan yang lebih stylo.

Berikut adalah 10 senarai kedai gunting rambut terbaik bagi 2016 di Malaysia.

 

1. Barbero Barber Shop

1-Barbero Barber Shop_4 (instagram)

Kedai gunting rambut yang terletak di Jalan Setiawangsa Kuala Lumpur ini menawarkan potongan harga sebanyak RM5 kepada pelajar sekolah.

Alamat: D-0-12, Setiawangsa Business Suite, Jalan Setiawangsa 11, Kuala Lumpur. 012-3086040.

 

2. The Duke My

2-The Duke MY_4 (instagram)

Berpusat di Kelana Jaya dan sekaligus menjadi butik bagi pakaian ‘street wear’, The Duke My menjanjikan kepada pengunjungnya perkhidmatan gunting rambut dengan cucian hanya pada harga RM25.

Alamat: 17-A, Jalan SS6/12, Kelana Jaya. 018-3276722 / 017-6669694.

 

3. Edd The Barber

3-Edd Barber Shop_4 (instagram)

Selain menawarkan fesyen ala alaf baru, Edd The Barber menarik perhatian berikutan rekaan dalamannya yang unik.

Dengan pintu utama bewarna merah dan rekaan menyerupai pondok telefon merah di Britain, kedai gunting rambut yang terletak di Ampang ini turut mengenakan rekaan dalaman yang retro beserta lantai catur dan perhiasan-perhiasan aneh dan sebuah sudut gambar bagi pelanggan.

Alamat: No. B – 1 – G, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, 68000 Ampang, Selangor.

03-42667421

 

4. Ramlee’s Sport Barbers Club

3-Ramlees_4 (instagram)

Kedai gunting yang beroperasi di dua lokasi utama iiatu di Shah Alam dan Kuala Lumpur, Ramlee’s Sport Barbers Club menawarkan peluang kepada mereka yang berminat untuk menjalani kursus gunting rambut dan mempunyai rekaan dalaman berinspirasi dari padang bola sepak sebagai pelengkap tema sukannya.

Kuala Lumpur : No 37A (First Floor), Lorong Rahim Kajai 13, TTDI Kuala LUmpur. 03-77328617

Shah Alam : D-12-1 (First Floor), Jalan Serai Wangi M 16/M, Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. 03-55237496

 

5. Zenon Barbershop

5-Zenon_3 (instagram)

Kedai ini turut menawarkan pelbagai gaya potongan dari klasik sehinggalah moden dan memberikan suasana yang unik kepada pengunjungnya.

Alamat: 51, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, 56000 Kuala Lumpur.

010-2355000.

mens grooming

6. Joe’s Barbershop

5-Joes Barber (instagram)

Beroperasi di tiga lokasi utama sekitar Lembah Klang, kedai gunting rambut ini berjaya menjadikan pemilik kedai-kedai gunting rambut lain untuk lebih berani mendekati golongan lelaki dengan menawarkan pelbagai jenis gaya potongan rambut mengikut ‘trend’ terkini.

Subang Jaya: 18, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor. 03-56137000

Bangi: Jalan Medan Pb 2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. 03-89200544

Taman Tun Dr Ismail: Rasta, Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.013-7873115.

 

7. Eroll Barbershop

eroll

Eroll Barbershop merupakan nama yang tidak asing lagi diantara kedai – kedai gunting rambut. Bermula dengan lokasi di Kuala Kangsar, Eroll Barbershop telah menambah lagi cawangan di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Kuala Lumpur : The Garage KL, Jalan Hillview, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia No Tel: 0136008064

Kuala Kangsar: Lokasi: G29 bandar baru, Kuala kangsar No tel: 0169503974

Ipoh: Lokasi: No 13 jln raja musa aziz, 30300 ipoh Perak

 

8. Vvip Barbershop

8-VVIP_2 (fb)

VVIP Barber Shop terkenal sebagai sebuah rumah kelab untuk bersosial yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut bagi si jejaka idak kira tua ataupun muda.

Alamat: No 25-1, Jalan USJ 9/5P, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya. 03-80119664 / 016-6867206.

 

9. The 1855 Tonsorial Parlour

1855_2

Terletak di Kilang Bateri, Johor, kedai gunting rambut ini turut tersenarai kerana menawarkan perkhidmatan gunting rambut pada harga yang berpatutan dan suasana kedai yg tampak vintage dan menarik.

Alamat: Kilang Bateri, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru

017 712 6512

 

10. Son And Dad Barbershop

10-Son and Dad_3 (fb)

Uniknya, tukang gunting rambutnya mengenakan kot makmal bewarna putih bagi memberikan pengalaman kedai gunting rambut hispter yang maksima kepada pelanggannya

Alamat: 53 A, Lebuh Acheh,Georgetown,Pulau Pinang. 04-2630019 / 019-4419214

 

join us

2 Comments

  1. savingplaza

    July 4, 2016 at 1:02 PM

    Lovely top in a gorgeous colour!

  2. Khir

    June 6, 2017 at 4:24 AM

    Straightway Barber Shop

    No.43G Jalan 18/34
    Taman Sri Serdang
    43300 Seri Kembangan
    Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *