10 Barangan Yang Diinspirasi Dari Gaya Tentera

men-s-casual-long-sleeved-cargo-shirt-plus-size-military-uniform-loose-shirt-mens-cotton-padded-army-shirts-a010

                                                                                       SoliDrop

Itu bukan satu rahsia lagi yang perempuan di luar sana sukakan lelaki yang bekerja di dalam badan uniform seperti tentera, polis dan juga bomba.

Bukan hanya kerana struktur badan mereka yang menarik tetapi gaya pemakaian mereka juga menjadi salah satu sebab mengapa badan beruniform ini menjadi pilihan.

Di sini kami sediakan 10 barangan ala ketenteraan yang menjadi ikutan ramai hingga kini.

1. Dog tag necklace

Rantai ini digunakan sebagai barangan pengenalan kepada pihak tentera untuk mengetahui nama mereka. Antara yang diukir di atas rantai itu ialah nama, jenis darah, alamat dan juga nombor tentera.

10 Barangan Yang Diinspirasi Dari Gaya Tentera

Ball Chain Manufacturing

ads-pomade_updated

2. Pet coat / Trench Coat

Pada mulanya pakaian ini mendapat nama dari perkataan ‘pije’ yang popular pada abad ke 16. Coat ini dipakai oleh askar laut. Ciptaannya dijadikan sebagai kalis air. Dan kemudian pada tahun 1905 Burberry telah menjadikan fesyen ini sebagai sumber inspirasi mereka di dalam mengeluarkan trench coat.

10 Barangan Yang Diinspirasi Dari Gaya Tentera

3. Combat Boot

Di dalam bidan pertahanan penjagaan kaki adalah paling utama. Tidak hairanlah mereka menitik beratkan keselesaan pemakaian boot ketika berkawat dan menjalani latihan di dalam hutan.

Sehingga kemudian combat boot mulai popular di kalangan fesyen apabila adanya Dr. Marten.

Klaus Marten merupakan seorang doktor ketika peperangan dunia kedua, beliau dan juga rakan kongsi telah mencipta kasut yang mempunyai permukaan lembut supaya apabila si pemakai pakai akan berasa selesa. Sehingga kini, Dr. Marten menjadi pilihan ramai anak muda.

10 Barangan Yang Diinspirasi Dari Gaya Tentera

DSW.com

4. Khakis

Seluar ini menjadi salah satu pilihan bagi badan penjawat awam yang datang dari pelbagai warna.

10 Barangan Yang Diinspirasi Dari Gaya Tentera

Pinterest

5. Aviator Sunglasses

Cermin mata ini memang popular di kalangan remaja. Dicipta oleh  Bausch and Lomb pada tahun 1936. Cermin mata ini dicipta khas untuk juruterbang agar dapat melindungi mata mereka ketika penerbangan.

Mereka telah menggantikan google dengan cermin mata itu kerana cermin mata lebih ringan dan mudah di bawa.

Sehingga kini Bausch & Lomb lebih dikenali sebagai Ray Ban.

10 Barangan Yang Diinspirasi Dari Gaya Tentera

6. Cardigan

Cardigan telah dicipta oleh James Thomas Brudenell. Dia merupakan seorang general bagi askar British.

Sehingga pada satu ketika beliau kembali ke tanah air dengan memakai cardigan dan bermula pada waktu itu trend cardigan menjadi popular.

hmprod-5

7. Cargo Pants

Mula di pakai oleh tentera British pada tahun 1930. Ketika itu tentera Amerika melihat mereka memakainya.

Tujuan dicipta banyak poket adalah untuk memberi kesenangan kepada tentera membawa peta, alatan ubatan ketika berada di medan perang.

Seluar jenis ini menjadi popular hingga kini kerana sifatnya yang mudah. Dan juga seluar pendek cargo pants seringkali menjadi pilihan lelaki untuk dipakai ketika menggembara dan juga mendaki.

54cd354b0e626_-_esq-levis-cargo-pants-2012-1kzdt5-mdn

ads-beard-oil-with-azrel

8. Desert Boots

Boot tersebut telah dipopularkan oleh Nathan Clark yang merupakan ahli keluarga yang memulakan  C & J  yang turut dikenali sebagai Clark.

e49a910714e34fdfa2eb51d234d37877

9. Tank Watch

Jam itu telah diinspirasikan oleh  Louis Cartier in 1917, ketika ditemui salah seorang pemakai jam itu memakainya ketika perang dunia pertama. Jam tangan itu mula dicipta pada tahun 1919 yang mulanya hanya dicipta sebanyak 6 pasang sahaja. Sehingga kini Tank Watch telah dilihat dicipta oleh ramai pembuat jam.

cartier-tank-solo-replica

www.replicasreloj.com

10. Bomber Jacket

Turut dikenali sebagai flight ataupun bomber jacket, di mana bomber itu telah dicipta untuk juruterbang askar. Sehingga itu, jacket ini telah dipakai oleh ramai sebagai salah satu trend fesyen lelaki popular.

Ketika peperangan, juruterbang memerlukan jacket ini untuk memberikan rasa nyaman ketika memandu dan mengelakan dari perkara tidak diingini ketika melakukan penerbangan.

image1xl

Asos

Itu antara pakaian askar yang telah menjadi trend fesyen bagi lelaki zaman sekarang, sangat menarik bukan? Mungkin anda juga boleh jadikan artikel ini sebagai sumber inspirasi di dalam bergaya. Komen di bawah jika ada sebarang perkongsian.

BACA: Cara Pakai Jaket Biker Untuk Anda Yang Gemar Menunggang Motosikal

Join us_New

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.